Seperti sering terpapar di televisyen pada ketika musim pilihanraya

Seperti yang telah
dijangka oleh pakar-pakar analisis politik yang sering terpapar di televisyen
pada ketika musim pilihanraya yang lalu, Barisan Nasional telah memenangi undi
keseluruhan dengan meraih 133 kerusi di parlimen, manakala PAS dengan 21
kerusi, DAP 38 kerusi dan PKR sebanyak 30 kerusi (Utusan Online, 2013). Seterusnya
adalah negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional adalah
Pahang, Perlis, Melaka, Sarawak, Sabah, Perak, Johor, Negeri Sembilan,
Terengganu dan Kedah. Manakala Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang dimenangi
oleh parti pembangkang (Melvister.com, 2013).

Berdasarkan Utusan
Online (2013), negeri Perlis merupakan negeri yang ditadbir oleh kerajaan
Barisan Nasional yang mana telah memenangi sebanyak 12 kerusi dari 15 kerusi
yang telah dipertandingkan di peringkat DUN. Ini bermakna BN memenangi 80% dari
kerusi yang telah dipertandingkan. Selain itu, Sabah juga dimenangi oleh
Barisan Nasional sebanyak 80%. Manakala Kedah dikuasai oleh BN sebanyak 56%,
Perak dan Terengganu sebanyak 53%, Pahang sebanyak 71%, Negeri Sembilan
sebanyak 61%, Melaka 75%, Johor 68% dan Sarawak juga dikuasai oleh BN juga
sebanyak 25 kerusi dari 31 kerusi yang dipertandingkan. Seterusnya adalah tiga
negeri iaitu Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang telah dimenangi oleh parti
pembangkang iaitu Parti Perikatan yang mana dianggotai tiga parti utama iaitu
PAS, DAP dan PKR. Bagi ketiga-tiga negeri tersebut dikuasai oleh Parti
Perikatan yang mana masing-masing Kelantan dikuasai sepenuhnya oleh PAS yang
mana telah memenangi 32 kerusi dari 40 kerusi yang dipertandingkan. Manakala,
Selangor dikuasai oleh Parti Perikatan masing-masing PAS 15 kerusi dari 21
kerusi, DAP memenangi keseluruhan kerusi yang dipertandingkan iaitu sebanyak 15
kerusi dan PKR memenangi 14 kerusi dari 21 kerusi yang telah dipertandingkan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Keputusan PRU 13 pada
Mei lepas agak mengejutkan rakyat Malaysia yang rata-rata menjangkakan pihak
Pakatan Rakyat yang akan memenangi pilihanraya. Ini disebabkan oleh undi
popular yang diwar-warkan oleh pihak tertentu untuk meraih undi dari rakyat.
Namun begitu, undi popular yang dicanangkan tidak membawa apa-apa erti apabila
pihak pengurusan PRU 13 iaitu SPR masih tetap dengan pengiraan undi elektoral
yang digunakan sejak dari Pilihan Raya Umum pertama lagi. Namun begitu, masih
ramai dan boleh dikatakan hampir keseluruhan rakyat tidak memahami apakah undi
elektoral yang digunakan dalam sistem demokrasi Negara. Malah, ada juga di
kalangan mereka menganggap bahawa Barisan Nasional mengakal-akalkan rakyat
dengan mengeluarkan pernyataan mengenai sistem undi elektoral. Walhal, undi
elektoral merupakan salah satu daripada sistem yang digunakan dalam pilihan
raya yang menggunakan sistem demokrasi.Pengertian serta definisi mengenai
sistem elektoral akan dibincang dalam bahagian seterusnya yang mana akan
menjelaskan secara terperinci mengenai sistem ini dan jenis-jenis yang terdapat
padanya.

x

Hi!
I'm Clifton!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out